Adakah kita...
Terlalu banyak rindu merindui yang ajnabi,
sehingga lupa kepada Rasulullah sebagai kekasih sejati
Lebih mengenang jasa artis,
lebih daripada pengorbanan pejuang-pejuang agama
Sudah terlalu lama leka dan alpa,
sehingga lupa bahawa akhirat bakal menjelma tidak kira masa
Merasakan bahawa diri ini hebat belaka,
sehingga tidak nampak kelemahan yang sedia ada
Lebih percaya kepada media massa,
daripada Al-Quran dan Hadis yang sekian lama tersedia
Rela jika selamanya dilabel sebagai terroris,
sehingga seantero dunia memandang sinis
Lebih sedih dan kecewa jika ditinggalkan kekasih,
daripada tidak mendapat redha daripada Yang Maha Pengasih
Ingin menjadi orang yang suka berdakwah,
ataupu menjadi orang yang lebih suka berdakyah
Mahu membangun mahasiswa yang beragenda,
atau membangun mahasiswa yang penuh dengan propaganda
Lebih suka meramal tanda-tanda kiamat,
daripada beramal dan beribadat untuk menghadapi kiamat
Lebih gemar mengikut budaya barat yang parah,
atau mematuhi adat dan syariat yang telah ditetapkan islamiah
Ingatlah wahai teman sekalian, gunakan masa dan tenaga yang ada demi kepentingan agama. Jangan biarkan diri kita dijangkiti penyakit al-Wahn. Berbaktilah kepada Agama, Negara dan Bangsa selagi nyawa belum dipangkal halkum kita. Semaikanlah nilai-nilai Islam ke dalam setiap lubuk manusia agar tidak dipandang hina
Ana memohon maaf andai ada kekurangan dalam penulisan kali ini. Jika kalian ada idea dan sumbangan yang bernas, sudilah untuk meluahkannya. Ana akan menerima teguran antum semua seadanya. Ana akan menelusuri jalan-jalan mujahid meskipun pahit dan perit. Doakan ana agar istiqamah dalam perjuangan ini.
Firman Allah dalam Al-Quran :
'In Tansurullaha Yansurukum'
"Barangsiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti akan menolongnya"
( Surah Muhammad ayat 7 )
Qalam Hazin