Wednesday, December 24, 2014

Layakkah Aku ???

Ya Allah, hidup ini penuh dengan dosa dan noda,
Dalam setiap perjalanan ada saja ujian melanda,
Adakah itu tanda cinta atau tanda murka?
Sering kali ia melanda diri hamba yang hina.

Andai diri ini penuh dengan amalan kebaikan,
Jaminkah aku untuk menjejak ke SyurgaMu yang Indah itu,
Aku takut riak dan takbur ini punca segala kegagalan,
Menghalangku daripada mendapat cintaMu serta RasulMu.

LAYAKKAH AKU ???

Itulah sering kali membuat diriku keliru,
Hanya berharap ada yang datang membantu,
Diriku yang semakin lama menemui jalan buntu,
Akan ku selit di dalam setiap bait-bait doaku.

Berhijrah bukanlah sekadar berubah,
Ia memerlukan insan berjiwa mujahadah,
Berdakwah bukanlah perkara mudah,
Kerana memerlukan hati yang tabah.

Buat diri ini yang sering dalam dosa dan noda

Sunday, November 2, 2014

Adakah kita...

Terlalu banyak rindu merindui yang ajnabi,
sehingga lupa kepada Rasulullah sebagai kekasih sejati 

Lebih mengenang jasa artis,
lebih daripada pengorbanan pejuang-pejuang agama 

Sudah terlalu lama leka dan alpa,
sehingga lupa bahawa akhirat bakal menjelma tidak kira masa 

Merasakan bahawa diri ini hebat belaka,
sehingga tidak nampak kelemahan yang sedia ada

Lebih percaya kepada media massa,
daripada Al-Quran dan Hadis yang sekian lama tersedia

Rela jika selamanya dilabel sebagai terroris,
sehingga seantero dunia memandang sinis

Lebih sedih dan kecewa jika ditinggalkan kekasih,
daripada tidak mendapat redha daripada Yang Maha Pengasih

Ingin menjadi orang yang suka berdakwah,
ataupu menjadi orang yang lebih suka berdakyah 

Mahu membangun mahasiswa yang beragenda,
atau membangun mahasiswa yang penuh dengan propaganda

Lebih suka meramal tanda-tanda kiamat, 
daripada beramal dan beribadat untuk menghadapi kiamat

Lebih gemar mengikut budaya barat yang parah,
atau mematuhi adat dan syariat yang telah ditetapkan islamiah

Ingatlah wahai teman sekalian, gunakan masa dan tenaga yang ada demi kepentingan agama. Jangan biarkan diri kita dijangkiti penyakit al-Wahn. Berbaktilah kepada Agama, Negara dan Bangsa selagi nyawa belum dipangkal halkum kita. Semaikanlah nilai-nilai Islam ke dalam setiap lubuk manusia agar tidak dipandang hina

Ana memohon maaf andai ada kekurangan dalam penulisan kali ini. Jika kalian ada idea dan sumbangan yang bernas, sudilah untuk meluahkannya. Ana akan menerima teguran antum semua seadanya. Ana akan menelusuri jalan-jalan mujahid meskipun pahit dan perit. Doakan ana agar istiqamah dalam perjuangan ini.


Firman Allah dalam Al-Quran :

'In Tansurullaha Yansurukum'
"Barangsiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti akan menolongnya"
 ( Surah Muhammad ayat 7 )


Qalam Hazin  




   

Tuesday, April 29, 2014

Setitis Tinta Pembuka Bicara

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.......

Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abada kepada semua sahabat-sahabat atau sesiapa saja yang berkunjung ke blog ana yang tidak seberapa ini. Namun, bukanlah menariknya blog itu yang penting bagi ana. Tetapi, isi kandungannya yang membawa ke arah kebaikan itu yang penting agar kita sama-sama mendapat manfaatnya.

" Kita bukanlah pemula , 
  Kita juga bukanlah pengakhirannya ,
  Tetapi, kita adalah penyambungnya ,
  Teruskanlah berdakwah tanpa rasa penat lelah ,
  InsyaAllah, akan dibalas dengan pahala. "

Kata-kata itu yang telah ana pegang sebagai perintis untuk ana terus berjalan di atas muka bumi ini sambil menyebarkan risalah-risalah benar demi mendapatkan keredhaan Allah. Meskipun diri ana ini bukanlah sebaik manusia lain. Tetapi, telah menjadi kewajipan kita sebagai hamba Allah dan umat Rasulullah s.a.w untuk meneruskan perjuangan menyebarkan agama Islam di segenap penjuru dunia. Sesungguhnya Rasulullah pernah berpesan " Sampaikan dariku walau sepotong ayat ".

Ana berharap agar dakwah ini diterima Allah dan menjadi bekalan untuk menuju kehidupan akhirat. Semoga ianya akan menjadi pencetus kepada masyarakat untuk berubah ke arah kebaikan. Ana juga berharap agar niat ini bukanlah untuk mendapat pujian dan sanjungan manusia sehingga menjadi riak atau takbur. Semoga Allah memberkati dan memudahkan dakwah ini berjalan.

Akhir qalam, semoga biah solehah akan lahir dalam persekitaran masyarakat kita yang kebanyakkannya berfikiran jumud. Dalam erti kata lain, dapat merubah persepsi masyarakat tentang betapa pentingnya memahami ilmu agama dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Dengan ini, saya menyeru kepada semua remaja juga untuk meneruskan legasi dakwah islamiah ke puncak tertinggi dan menegakkan kalimah syahadah yang mulia. Marilah sama-sama kita mengejar syahid. Jadikanlah orang-orang yang mempunyai latar belakang sebagai pejuang agama sebagai ikon dan ikutan kita.

" Biarlah dunia tempat berpenat, Akhirat tempat berehat "  


Qalam Hazin